Sebagai aplikasi komunikasi yang moden, Coco mengikut visi yang mengikut visi yang diinspirasi untuk menyatukan dunia melalui kuasa “Communication and Connection” (Komunikasi dan Kebersambungan).

Coco membina pengalaman sosial yang dinamik untuk berjuta-juta penggunanya di seluruh dunia dan mengekalkan semua emosi dan personaliti yang terdapat pada perbualan bersemuka. Dengan memberi panggilan suara tanpa kos, penghantaran teks langsung dan membantu pengguna mencari ahli-ahli komuniti yang berdekatan, Coco memperkasakan sesiapa, di mana jua untuk berhubung sesama sendiri. Untuk meringkaskan lagi komunikasi, Coco mengeluarkan Nombor Telefon Global ringkas yang eksklusif supaya pengguna boleh mengelak daripada mengingati kod negara atau melalui proses panggilan yang rumit.

Dengan Coco, pengguna boleh:

  • Membuat panggilan seluruh dunia
  • Melog mesej anda dengan Pesanan suara Visual
  • Berhubung dengan ‘Moments,’ iaitu diari aktiviti rakan-rakan anda
  • Menghantar teks segera dan mesej suara tekan-untuk-bercakap
  • Mencipta perbualan berkumpulan dengan rakan-rakan sedia ada atau menyertai ruang perbualan terbuka untuk mengenali rakan-rakan baharu
  • Berkongsi foto, lokasi dan maklumat hubungan
  • Bertemu orang lain dengan ciri sosial seperti Orang/Kumpulan yang Berdekatan, Wink, dan Shake Shake

Visi Coco ialah untuk menghapuskan ilusi masa, jarak dan bahasa dan memberikan ruangan yang seronok, percuma dan berfungsi supaya semua orang dapat berhubung antara satu sama lain.

Sekiranya anda mempunyai minat terhadap aplikasi pemesejan generasi-masa-depan, layarilah laman Kerjaya kami untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada pasukan kami.

help contact
jobs terms
© 2015 Instanza Inc.